YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Sunday, 30 September 2012

Subhanallah, Aku mencintainya..



Ya Allah..
Tak pernah aku mengenali seseorang yang betul2 buat aku mampu rasa sebahagia ini.. Tak pernah aku sangka bahawa masih ade insan sepertinya, yg selama ini hanya wujud dalam setiap doaku.. Tak pernah aku terfikir si dia yg memiliki setiap apa yang aku tulis di dalam diari sekian lama dulu benar-benar wujud.. Bahkan sekarang dia denganku..

Ya Allah..
Aku bersyukur dengan pemberianMu yg satu ini.. Nikmat yang betul2 aku kagumi setiap hari.. Terima kasih Tuhan atas rasa ini.. Terima kasih kerana hadirkan dia untukku.. Untuk aku belajar bersyukur dengan apa yg Kau anugerahkan.. Untuk aku menghargai sayang yg diberikan.. Untuk aku sabar menjalani perhubungan jauh ini.. Untuk aku belajar mencintaiMu demi restuMu untuk kami..Untuk aku terus menghormatinya, menyanyanginya selagi rasa ini ada..

Subhanallah.. Tak pernah aku rasa lengkap seperti saat ini.. Di saat dia bersama aku, meski kami terlalu jauh pada zahirnya.. Indahnya rasa ini di saat dia bersuara menasihatiku utk mendekatiMu, mengingatiMu setiap hari, setiap malam.. Rasa sayang itu lagi indah di saat dia mengejutku dari tidur hanya utk menunaikan solat kepadaMu.. Bertambah sayang di saat aku dengar suaranya sayu mengingatiMu, mengenang masa lalu yg kelam dulu..

Ya Allah,
Seandainya memang dia yang terbaik untukku, jika dia yang Kau tetapkan untuk aku.. Tolonglah aku, bantu aku meneruskan rasa indah ini sehingga tiba saatnya aku benar2 HALAL baginya.. Tuhan, tolong jagakan dia di saat aku jauh.. Ya Allah, jika dia bakal imamku, janganlah Kau uji kami dengan pelbagai kesulitan di hari yang mendatang.. Janganlah Kau datangkan dia sekadar untuk pergi.. Tetapkan hati kami, tetapkan rasa ini.. Selamanya..

 Subhanallah, Aku mencintainya..


Jejak-jejak langkahku.. Bagaikan lembaran waktu.. Apakah ku masih bisa terus melangkah.. Serpihan hidupku kan ku bangundi atas satu cinta.. Subhanallah aku mencintainya.. Subhanallah aku menyayanginya.. Dari ufuk timur hingga ke barat.. Selalu dihatiku.. Subhanallah aku mencintainya.. Subhanallah aku menyayanginya.. 
Dari ufuk timur hingga ke barat Selalu dihatiku..
Tetaplah Kau jadi milikku..Tetaplah Aku dihatimuKu.. mohon hingga akhir hayatku.. Hingga akhir hayat Kau..  juaKu berharap kasih itu kekal hingga ke syurga.. Walau itu belum pasti..  Tapi Ku yakin  Andai usaha itu ada.. Inshallah itu janji-Nya.. Jauh disudut hati..
Cinta itu sungguh dalam..

Dear YOU, thanks for being in my life..  :')

http://www.youtube.com/watch?v=a0foD-1prbg



1 comment:

  1. Nikmat yang paling manis apabila Allah ta'ala mentarbiah hati kita dengan pelbagai ujian. Namun tautan ukhuwwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan yang memberikan aliran halawatul ukhuwwah kesungguhan dalam perjuangan melalui rabitah hati
    Ya Allah,betapa manisnya ukhuwwah jika kerana Allah.. Bajailah,siramilah dan peliharalaah ukhuwwah fillah yang berasal daripada SATU PERTEMUAN kemudian telah melahirkan SERIBU KEMESRAAN dan bakal melakarkan SEJUTA KENANGAN :)

    ReplyDelete