YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Saturday, 31 August 2013

Kata janji, suara hati

Dalam hidup ni, ramai yg terkorban hati terutama bila hati terjatuh cinta. Tak mustahil, tak pelik.. Sayang, cinta.. Semuanya fitrah hati manusia. Dengar kisah cinta mereka yg indah, bahagia, terlalu mudah, bebas, tiada larangan dan halangan.. Buat aku merenung kisah sendiri. Baca dgn hati :')

Aku takpernah betul2 ikhlas utk seorang lelaki, dulu aku cukup anti. Takpernah terlintas untuk bercinta, percaya pada lelaki. Pada aku semua sama, mengecewakan, tiada belas kasihan. Jadi aku hanya membiarkan diri hanya sekadar KENAL, soal hati, aku takpernah bawak masuk hati.

Sampai suatu saat, dia datang. Drpd rasa benci bila terpandang kelibatnya, bertukar kepada sahabat sejati, dan saat ini dia buat aku berani letakkan label padanya sebagai "Bakal Suami" dgn izin-Nya suatu saat nanti.

Dari luar, mungkin mereka lihat kami begitu bahagia, segalanya indah belaka. Betul, tapi kami hanya bahagia antara hati. Tidak dari luar, terlalu banyak dugaan datang menguji hingga buat hati kami sakit, diuji, airmata, takut, rindu.. Masa lalu. Jarak. Pelajaran. Wang. Masa depan. Keluarga. Itu semua antara dugaan yg buat kisah aku tak menentu, hingga menangis mendengar dia letih dgn semua dugaan tapi hati takmampu nak tolak rasa cinta dan sayang. Hanya kerana janji, sayang dihati, cinta yg takpernah ditukar ganti yang ada antara kami buat cerita ini berpanjangan lagi.

Aku sedar, jodoh di tangan-Nya. Aku hanya hamba. Hamba. Namun apa kan daya, hati dan sayang buat aku tetap mampu utk kuat, tabah dan masih menyayangi.Doa, hanya itu yg aku ada utk menjaga semuanya. Dugaan. Mengajar aku utk lebih matang, bijak mengatur masa depan, dan tetap tabah utk setia atas rasa sayang, impian.

Wahai sayang,
jangan pernah mengalah. Engkau insan yg tabah, yg pernah aku temui. Engkau kekasih yg benar2 ikhlas untuk setiap rasa, nasihat, pertolongan yg diberikan. Jangan penat.. Jangan kecewa.. Usah gentar atau takut jika engkau katakan engkau sanggup meski terpaksa berdepan dgn maut. Tapi, ingatkan diri.. Allah selalu mendengar cerita hati ini, Dia ada untuk hadiahkan kita dengan janji-Nya jika kita ikhlas dan tabah dlm menjaga cinta yg dianugerahkan ini. Aku tahu engkau jauh, tapi cuma pada jarak. Untuk menguji rindu dan setia.

Masa lalu mu, terlalu mudah utk kau kenali mereka smua, terlalu senang utk disebut cinta, terlalu bebas dari keluarga.. Hingga saat kau temui aku, semuanya tak seperti biasa. Aku anak emas keluarga, dididik dijaga, diingatkan dengan agama dan bahayanya cinta, takmudah untuk kau hadapi mereka. Tapi ingatlah, keikhlasan, kejujuran, dan apa yg kau mampu jaminkan utk masa depan, keyakinan.. Mereka akan tewas jua di saat engkau datang bersemuka, meminta utk bawa aku pergi dengan caranya. Jangan bimbang, mereka sedar aku hanya menunggu mu, dan mereka takkan gadaikan kebahagiaan masa depan ku atas kehendak mereka. Mereka bilang, jika engkau benar sayang.. Tunggulah, engkau pasti datang tapi biar dia mampu uruskan kehidupan dan segala tanggungjawab.

 Dari itu, aku tahu aku mampu. Dari itu, aku diamkan cerita kita dari semua. Kerana aku hanya menunggu engkau bertaruh utk dtg dan menyedarkan cinta kita nyata. Aku tetap setia, dan aku tahu engkau ada. Semoga ada bahagia di akhir cerita kita, Allah tahu suara hati kita. Bicara pada-Nya agar kita mampu hadapi semuanya. Bertabahlah, aku ikhlas untuk rasa ini.

No comments:

Post a Comment