YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Monday, 8 August 2016

Sebab sabar lama sangat

Ok, since semua tertanya tanya kenapa aku upload police report dekat IG haritu, now aku nak explain.

Korang semua tahu kan aku ada DD? And kalau korang nak tahu, DD ada ramai EXs. Since zaman sekolah rendah, dia dah terjebak ke kancah kapel *aku pun takfaham kenapalah mamat ni gatal sangat, kekecik dah pandai nak bercinta*. Tapi semuanya cinta monyet, dia kata dia kapel sebab kawan2 semua ada kapel. Hmmm mudah sangat terpengaruh dengan orang -___- So dia punya kapel tu endless with on off relationship sampai lah sekolah menengah. Dalam ramai2 dia punya ex, ada sorang budak nama Syera (nak sangat aku femeskan kau kan, now aku mention) yang duduk satu Bentong dgn dia. So, lepas skolah dorang putus. Mengikut cerita DD, dia memang dah takde hati kat budak tu. Sbb dah banyak kali dah putus before tu.

So DD jumpa aku dekat asasi. Aku kawan je dgn DD dulu. So, ex dia tadi kalut duk cari aku untuk aku pujuk DD get back to her. Siap ajak jumpa aku katanya nak kirim hadiah penting ke DD masa tu. No, aku takhadap nak jumpa dia sebab aku pentingkan kelas aku masa tu. Takcukup dengan tu, dia keep on texting me untuk pujuk DD lagi suruh balik kat dia. So, since aku bff DD masatu, aku pergilah slow talk dekat DD untuk pergi layan budak tu. Tapinyaaaa, DD terus emo sampai nak sepak segala kerusi meja. Dengar aku sebut nama budak tu pun dia stress mcm nak arwah, kening terus berkerut macam takleh nak bawak bincang langsung. "AKU TAKNAK BUDAK TU SYAA. JANGAN PAKSA AKU. AKU DAH LAMA TAHAN UNTUK STOP DENGAN DIA. AKU TAKSUKA DIA." DD bebetul marah masatu and aku hormat keputusan dia dan taknak paksa dia dah. Yes, aku dah pujuk Dzamir untuk suka kau balik masa tu, aku dah cuba tapi dia taknak.

Lama-lama tu, DD memang bebetul rapat dengan aku je. Habis asasi, DD confess dekat aku untuk ada dengan dia sebab dia kata dia sayang aku. Hati dia Allah jaga, bukan aku. Allah yg bagi rasa sayang tu wujud kat hati dia, aku pulak memang kenal dia je masatu so aku terima DD as my first love. Since that, aku perasan budak tu dah block aku kat FB tetiba. And start ajak geng dia carut aku kat twitter. Masa ni akhir 2011 dah. Masa tu aku noob, aku takde twitter. Tapi aku terjumpa dekat google. Bermacam benda budak ni and kekawan dia carut aku dekat Twitter. Selamba je dorang mention nama aku sesuka hati. Masa tu aku punyalah sakit hati sebab aku takbuat apepun dekat bebudak tu tapi dorang bash aku bagai gila.

Dia still takpuas hati. Suatu hari tu dia pergi tunggu DD depan pintu pagar rumah DD untuk face to face dengan DD. DD takut parents dia nampak, so DD terpaksa ikut dia keluar minum. Masa keluar tu, DD dah explained untuk stop bebetul dengan dia and DD did say sorry sbb DD pun taknak musuh. Tapi si pompuan ni kata kalau nak dia maafkan, DD kena add balik dia kat FB since DD dah serabut, DD blocked dia. DD asked why kena add balik? She replied, "Kalau kau add aku sekarang, mungkin kau akan suka aku balik sebab aku pun boleh jadi macam Syaa tu." Dengar macamtu, DD terus end up the conversation and sampai ke harini dia tak add budak tu balik. <-- Ni DD yg balik cerita kat aku.

So untuk meredakan keadaan, aku cuba berbaik dengan budak tu. Aku text dia, aku cuba jujur and slow talk bebaik dengan dia. Buat dia macam kawan. Aku takpernah pun fikir nak jaja nama dia dekat mana2 media sosial macam dia and the gang buat. Plus, dia kapel dgn kawan aku yg nama Azraai. So aku ingat life dia dah berubah n move on dgn pakwe baru. Aku pun buat okay jelahh, setiap kali raya aku akan whatsapp budak tu wish selamat hari raya and always remindkan dia utk kosong-kosong sebab aku taknak pun ada musuh just sebab benda bodoh. So aku bebetul fikir everything is good and fine.

Sampailah 1 August haritu, ada makcik Indon kat office aku ni pegang tangan aku and tilik. Tetiba dia kata "Ada orang nak datang buat adik sakit hati lagi. Dia masih takpuas hati sama adik." Dengar je ayat tu aku terdiam. Sape pulak takpuas hati kat aku.

So keesokkan malam, aku takleh nak tido. Aku rasa serabut. Rasa taktenang macam dedulu zaman kena kecam ngan bebudak tu. So, aku kuatkan hati utk bukak dekat google and stalk twitter budak tu. And DENGGGG! Hati aku macam takcukup nafas kejap bila terjumpa dorang duk mention nama aku. So aku buat general caption dekat satu gambar IG aku. Rupanya dorang stalk, and dorang terus nak kecam lagi.  Ini semua yang sempat aku screenshot untuk aku buat bukti bagi dekat polis and SKMM. Ini yang aku stalk selepas bertahun aku ignore. Yang selama aku diam, aku taktahu lah ape dorang carut kat aku.




Semua orang terkejut kenapa aku sampai report polis kan? Sebabnya benda ni dah LIMA TAHUN dulu lagi sampai sekarang tak habis. Aku dah cuba apa aku mampu untuk positive and be nice to that girl. But dia takpuas lagi nak jaja cerita pasal aku sampai satu Bentong tahu aku wujud. Yang aku takfaham, kawan-kawan dia yang takpernah sekali pun kenal aku, kemain kutuk aku sana sini macam aku yang cari pasal. Kalau aku jadi kekawan dia tu, aku rasa aku sepak kawan aku tu dulu sebab tak berhenti burukkan orang and takpernah move on even dah ada pakwe lain. Kalau aku jadi kawan budak tu, aku malu ada kawan yang tak matang duk kacau life orang sampai sekarang and ajak semua kawan jadi takmatang. Pendek citer, aku takkan amik port pun benda ni. Kau nak jadi ape tak move on kacau life orang, lantak kau lah. Tapiii tu KALAU AKU. The reality, bukan aku. They choose to hate me without knowing me at all. Sebab terlalu kuat assabiyah dorang, so kecam org taksalah pun sanggup.

Kenapa DD diam je? DD tak kesah? Ke DD takut? BUKAN.
DD fikir jauh dah benda ni. DD takboleh masuk campur bukan sebab taknak back-up aku. Tapi dia fikirkan mak ayah dia. Satu kawasan dgn budak tu, mak ayah budak tu dulu beria dah panggil mak ayah DD besan. Ajak DD pergi rumah dorang. So untuk jaga airmuka orang tua, DD just sabar and diam. Kang satgi DD sound kecam budak tu, mak ayah dia pulak bercakap pasal mak ayah DD. OK, aku faham and aku hormat tu. DD kata, kalau pompuan tu bukan satu tempat dgn dia, dia dah lama maki warning budak tu pergi main jejauh. Aku tanya, then why taknak kat budak tu since family kenal dah? SEBAB DIA PERANGAI MACAMTU. SEBAB TU SAYA BUKAN DENGAN DIA. 

Since aku dah kerja, and aku kerja dalam department ni, branding and self protection sangat lah penting! Boss sendiri yang suruh aku pergi buat report sebab mereka dah public kan nama aku macamtu. This is for my self-branding, my self-protection. Aku bagi segala details, nama penuh, nombor phone and gambar dekat polis. So polis boleh buat ape je? Haaa, if anything happens to me, nama budak tu polis cari dulu. Sebab dia yg pendam takpuas hati and attack aku macamtu. Lepas aku upload gambar report tu, budak tu terus block aku kat whatsapp, semua media social dia private tetiba. Hurmm.. Kalau takbuat salah, kenapa nak menyorok?

 Aku nak benda ni settle je. Aku nak kita hidup aman tenang takde anti sesiapa. Kenapa awak susah sangat nak redha and datang bebaik mintak maaf? Saya ni makhluk Allah, hati saya boleh memaafkan. Tapi selagi awak tak mengaku and apologize, sampai tulaaa sy tak maafkan semua benda awak dah buat dekat sy. Allah nampak, so up to you nak hidup dengan aman ataupun terus jadi pengecut sampai bebila takpuas hati kat org. Kenapa jadi macamtu dik? Sedih tahu tak. Sedih and kesiankan awak. Dahlaaa tu jadi macamtu, dah 22 dah awak tu. Besar dah, takbaik macamtu. Syukurlah dengan ape yang awak ada, bukan sakit hati dengan apa yang orang lain bahagia.


Sekian, mana yang baca harap faham and jaga life sendiri. Life is too short to hate.

No comments:

Post a Comment