YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Wednesday 19 April 2017

Perempuan, Jauhi Diri Daripada Menjadi Pengotor

Hi girls,

Since dah lama tak bebel, now aku rasa nak remindkan pasal adab menjaga kebersihan. Aku ni bukanlah setazah ke acah acah mulia ke apa.. Tapi kemon lah, ni common sense kot! Dah besar panjang, sihat sejahtera, belajar tetinggi ada degree tapiiii ya Allah... PENGOTOR.

Hey! Kotor ni kau jangan nak cakap "dah sejak azali memang macamtu, nak buat macam mana.." NO! Aku sepak kau kalau ada yang terlintas nak meredhooookan diri macamtu. Rasanya semua kelas fardhu ain dulu ada ajar bab jaga kebersihan diri ni. Pelik laaa aku bila dah tua bangka pun tak reti nak jaga this one thing. Then macam mana nak jadi bini orang ni?

Kotor macam mana?



1) Kain baju kotor letak merata.
Haaa, kenal bakul kain? Alaaa kat kedai dua hengget pun ada jual lah. Giant semua supermarket ada. Murah je pun, belilah dan letaklah baju2 busuk awak tu dalam bakul kain. Taknak cuci lagi takde masa takpe, asalkan tersusun dalam tempat sepatutnya. Taklaaa rimas sangat nak nengok sana sini kain baju bergelimpangan dan takdelah bau busuuuuukkk tu penuh serumah.

2) Stokin.
Aku bukan nak kata aku baik gilaaa hari2 pakai stokin kalau kluar. NO. Tapi sisters semua, kalau kau pakai stokin dah seharian, janganlah duk pakai yg sama seminggu dan tak cuci pun. Sehari pakai pun dah kena ganti, cuci pakai lain. Yelaa, ni pakai kat kaki wei. KAKI. Kalau duk terperap seharian dalam kasut, tolonglaaa faham busuk dia tu BUSUK. Pastu janganlah kau benak sangat pergi biar dalam kasut tu sampai berminggu dan bau kepam masam sampai satu rumah hidu tu boleh arwah. Nak bernanah hidung ni ha tahan bau stokin terperap gitu.

3) Sampah.
Dah nama pun sampah, kau boleh pulak nak simpan lelama dalam rumah. Pastu berulat. Daripada ulat size ulat jadi size adik dinasor hah *hiperbola sangat ni*. Yelaaa, duk ternak ulat sampah sampai ulat tu besar2 sihat semuanya. Geli! Tolonglah sistersss semua, ada sampah tu cecepat buang jangan sampai naik bau. Kau jgn ingat bau sampah ni gaya bau kari sampai nak tunggu naik bau. Aku luku jugak kanggg.

4) Sapu lantai.
Ye adik2 kakak2. Wanita dan sapu lantai itu normal. Kalau kau rasa berjalan tu pun dah rasa macam berjalan atas marshmallows berdebu debu kekadang terapung tuu.. Bolehlah kembali ke dunia nyata, amik penyapu and sapu lantai tu kasi bersih. Anddd jangan nak pandir sangat, sampah dan habuk tu kau sapu buang ke bilik air sampai lantai bilik air tu gaya hitam lebih kurang jalan tar dah. Takpun buang kat dapor camtu je. Adoii cannot brain laaa sis!

5) Masak.
Tahukah kalian kalau kita pakai minyak masak yang sama berulang kali sampai minyak tu hitam dan dah tak nampak gaya minyak masak itu boleh mendatangkan penyakit? And bau minyak tu akan melekat ke dinding dan ke baju kau baju aku. Tolonglah alert, bukan masak untuk orang lain pun, masak untuk diri sendiri je. Jangan kedekut sangat, tukarlah minyak yg lebih bersih untuk memasak. Jaga diri awak sayang sayang semua. Makan yg sihat.

6) Bilik air / Tandas
Ye, bilik air iaitu tempat kita semua mandi berak kencing. Faham kan tu semua najis? Najis is kotor. So kalau kotor kena? Kena apa? CUCIIIII. Ha pandai. Takkan laaaa sampai berlumut ijooo dinding lantai tu pun tak sampai jugak perasaan dan keinginan untuk menyental -_- Beli laaa berus sabut tu haaa, aku beli kat DIY baru dua hengget setengan je. Ini sampai jalan nak pun nak tergelincir, rilek je lagi biar bilik air tu macamtu. Buat nya kalut nak terkencing tercirit ke, silap haribulan boleh arwah sebab jatuh dalam bilik air tu. Hmmm.

7) Basuh baju.
Ha, kalau dah cuci baju.. Tolong cuci tu biar baju tu bertukar status daripada baju kotor ke baju bersih. Cucilah bebetul and jemur sampai kering. Jangan malas nak basuh basuh, kau rendam sampai tujuh purnama then angkut nak jemur. Weiii bau diaaa, adoi mengalahkan bau loji tau tak. Pastu kau jangan nak buat steady pergi jemur pulak kat dalam rumah, ya Allah bau masam dia taktahu nak huraikan.

8) Sisa makanan.
Nama pun sisa. Sisa = Sampah. Sampah kena buang. Faham? Janganlah jadi noob sangat.. sisa makanan tu kau simpan simpannn simpann lagi dan simpannnnnnnnnn sampai berkulat. Daripada kulat warna putih, jadi ijau. Daripada ijau, jadi hitam. Weiii kau tak puas buat experiment science masa darjah 6 dulu ke? Duk simpan semua sampai berkulat camtu, adoii laaa. Dah habis makan, terus buang. Kalau rasa tak habis, beli tu berpada. Jangan bazir nak simpan then tak makan sampai boleh buat salasilah kulat dah kat atas makanan tu.

9) Susun barang.
Ye, aku pun kekadang bersepah barang bila kalut and tak sempat. Tapi takde nya laaa nak biar sampai kekal abadi selamanya bersepah sampai tak rupa bilik or rumah. Please lah, belajar untuk kemas. Susun jelaaa barang2 tu bebaik, bagi ada ruang yang selesa untuk kita bernafas dan berjalan di dalam rumah kita sendiri. Yang mana takpakai tu, buang. Yang kita pakai, letak bebaik kat tempat yang betul. Hmm kat umah mak pun sepah macamni ke? Tak kan... So train laaa jadi kemas walau di mana anda berada.

10) Rambut.
Ye, perempuan dan rambut gugur tu typical issue. So bila kau rasa and kau nampak rambut kau dah berbulu kat lantai kat bawah katil kat tingkap kat pintu dannn seluruh alam menyaksikan keserabutan itu.. Tolonglah dengan rendah dirinya pergi amik tisu dan kutip rambut2 kau tu buang dalam tong sampah. Eh, tak rimas ke eh tengok rambut duk berselirat sana sini. Kutip ye rambut tu. Kan rambut itu mahkota wanita, takkanlah bila diamonds dia jatuh terus sepak buat tak nampak je. Kutiplah letak bebaik dalam bekas. Sian rambut..


Okay lah, sekian sahaja bebelan aku untuk semua wanita seantero dunia. Termasuklah aku sendiri. Aku bukan nak kata aku bagus sangat, ni sebagai ingatan sesama kita. K? Bye.





#DDturns24

Another 5 April turned up!

Andddd it's DD's 24th Birthday. Im happy that it is another year we are celebrating your birthday together.

I'm sorry if this surprise nothing much to compare with other great gifts that you have ever received before. HAHAHA sorry, sis tak kaya. But I do hope that you are happy with what I presented you.


As always, your every year DIY birthday card by me








I love you so much, DD

May this love grow stronger, Happy 24 DD Love :)