YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Friday, 19 May 2017

Review: BATH & CO.

Hai semua,


So hari ni sis nak kongsikan satu produk penjagaan badan yang sangat sangaaaat BEST!
Kenapa? Sebab semua benda yang dia ada semuanya ORGANIC.

Maksudnya, bila korang baca dekat kandungan bahan-bahan dia tu semuanya korang faham apa yang ada dalam product tu. Paling penting, BEBAS BAHAN KIMIA.

Sis suka sangat sebab bau products ni semuanya segar, buat kita rasa dekat dengan alam semulajadi. Gituuu. Hihihi so basically BATH&CO. ni dia ada beberapa jenis keluaran.











Haaaaa menarik kan? Semua ni sangat sesuai untuk semua jenis kulit especially yang ada masalah kulit kering ke, gatal2 ke, kulit merekah ke.. semuanya dapat dibantu dengan product daripada BATH&CO. ni. Tak tipu, sis sendiri dah cuba satu box! Setiap benda pun memberikan kesan yang sangat baik pada kulit kita! Cuba sendiri kalau tak percaya.

Kalau korang dah rasa menyesal pakai products yang penuh bahan kimia kat luar sana, inilah masanya untuk mencuba sesuatu yang sangat menghargai kulit anda. Semuanya berunsurkan bahan semulajadi yang penuh dengan berjuta kebaikan. Nak tahu lebih lagi?

Klik link ni: https://www.facebook.com/bathandconatural/

Sebelum terlupa, korang boleh jadikan semua products ni sebagai hadiah untuk insan tersayang masing-masing! Cantik sangat set hadiah BATH&CO. ni, lepas tu FREE DELIVERY and BANYAK BETUL DISKAUN DIA!

SPA-AT-HOME STARTER KIT GIFT BOX 

RELAXATION GIFT BOX

CASTILE-LI-CIOUS GIFT BOX

REFRESHING GIFT BOX


Now, selamat datang kepada kulit yang lebih sihat! 



Wednesday, 19 April 2017

Perempuan, Jauhi Diri Daripada Menjadi Pengotor

Hi girls,

Since dah lama tak bebel, now aku rasa nak remindkan pasal adab menjaga kebersihan. Aku ni bukanlah setazah ke acah acah mulia ke apa.. Tapi kemon lah, ni common sense kot! Dah besar panjang, sihat sejahtera, belajar tetinggi ada degree tapiiii ya Allah... PENGOTOR.

Hey! Kotor ni kau jangan nak cakap "dah sejak azali memang macamtu, nak buat macam mana.." NO! Aku sepak kau kalau ada yang terlintas nak meredhooookan diri macamtu. Rasanya semua kelas fardhu ain dulu ada ajar bab jaga kebersihan diri ni. Pelik laaa aku bila dah tua bangka pun tak reti nak jaga this one thing. Then macam mana nak jadi bini orang ni?

Kotor macam mana?



1) Kain baju kotor letak merata.
Haaa, kenal bakul kain? Alaaa kat kedai dua hengget pun ada jual lah. Giant semua supermarket ada. Murah je pun, belilah dan letaklah baju2 busuk awak tu dalam bakul kain. Taknak cuci lagi takde masa takpe, asalkan tersusun dalam tempat sepatutnya. Taklaaa rimas sangat nak nengok sana sini kain baju bergelimpangan dan takdelah bau busuuuuukkk tu penuh serumah.

2) Stokin.
Aku bukan nak kata aku baik gilaaa hari2 pakai stokin kalau kluar. NO. Tapi sisters semua, kalau kau pakai stokin dah seharian, janganlah duk pakai yg sama seminggu dan tak cuci pun. Sehari pakai pun dah kena ganti, cuci pakai lain. Yelaa, ni pakai kat kaki wei. KAKI. Kalau duk terperap seharian dalam kasut, tolonglaaa faham busuk dia tu BUSUK. Pastu janganlah kau benak sangat pergi biar dalam kasut tu sampai berminggu dan bau kepam masam sampai satu rumah hidu tu boleh arwah. Nak bernanah hidung ni ha tahan bau stokin terperap gitu.

3) Sampah.
Dah nama pun sampah, kau boleh pulak nak simpan lelama dalam rumah. Pastu berulat. Daripada ulat size ulat jadi size adik dinasor hah *hiperbola sangat ni*. Yelaaa, duk ternak ulat sampah sampai ulat tu besar2 sihat semuanya. Geli! Tolonglah sistersss semua, ada sampah tu cecepat buang jangan sampai naik bau. Kau jgn ingat bau sampah ni gaya bau kari sampai nak tunggu naik bau. Aku luku jugak kanggg.

4) Sapu lantai.
Ye adik2 kakak2. Wanita dan sapu lantai itu normal. Kalau kau rasa berjalan tu pun dah rasa macam berjalan atas marshmallows berdebu debu kekadang terapung tuu.. Bolehlah kembali ke dunia nyata, amik penyapu and sapu lantai tu kasi bersih. Anddd jangan nak pandir sangat, sampah dan habuk tu kau sapu buang ke bilik air sampai lantai bilik air tu gaya hitam lebih kurang jalan tar dah. Takpun buang kat dapor camtu je. Adoii cannot brain laaa sis!

5) Masak.
Tahukah kalian kalau kita pakai minyak masak yang sama berulang kali sampai minyak tu hitam dan dah tak nampak gaya minyak masak itu boleh mendatangkan penyakit? And bau minyak tu akan melekat ke dinding dan ke baju kau baju aku. Tolonglah alert, bukan masak untuk orang lain pun, masak untuk diri sendiri je. Jangan kedekut sangat, tukarlah minyak yg lebih bersih untuk memasak. Jaga diri awak sayang sayang semua. Makan yg sihat.

6) Bilik air / Tandas
Ye, bilik air iaitu tempat kita semua mandi berak kencing. Faham kan tu semua najis? Najis is kotor. So kalau kotor kena? Kena apa? CUCIIIII. Ha pandai. Takkan laaaa sampai berlumut ijooo dinding lantai tu pun tak sampai jugak perasaan dan keinginan untuk menyental -_- Beli laaa berus sabut tu haaa, aku beli kat DIY baru dua hengget setengan je. Ini sampai jalan nak pun nak tergelincir, rilek je lagi biar bilik air tu macamtu. Buat nya kalut nak terkencing tercirit ke, silap haribulan boleh arwah sebab jatuh dalam bilik air tu. Hmmm.

7) Basuh baju.
Ha, kalau dah cuci baju.. Tolong cuci tu biar baju tu bertukar status daripada baju kotor ke baju bersih. Cucilah bebetul and jemur sampai kering. Jangan malas nak basuh basuh, kau rendam sampai tujuh purnama then angkut nak jemur. Weiii bau diaaa, adoi mengalahkan bau loji tau tak. Pastu kau jangan nak buat steady pergi jemur pulak kat dalam rumah, ya Allah bau masam dia taktahu nak huraikan.

8) Sisa makanan.
Nama pun sisa. Sisa = Sampah. Sampah kena buang. Faham? Janganlah jadi noob sangat.. sisa makanan tu kau simpan simpannn simpann lagi dan simpannnnnnnnnn sampai berkulat. Daripada kulat warna putih, jadi ijau. Daripada ijau, jadi hitam. Weiii kau tak puas buat experiment science masa darjah 6 dulu ke? Duk simpan semua sampai berkulat camtu, adoii laaa. Dah habis makan, terus buang. Kalau rasa tak habis, beli tu berpada. Jangan bazir nak simpan then tak makan sampai boleh buat salasilah kulat dah kat atas makanan tu.

9) Susun barang.
Ye, aku pun kekadang bersepah barang bila kalut and tak sempat. Tapi takde nya laaa nak biar sampai kekal abadi selamanya bersepah sampai tak rupa bilik or rumah. Please lah, belajar untuk kemas. Susun jelaaa barang2 tu bebaik, bagi ada ruang yang selesa untuk kita bernafas dan berjalan di dalam rumah kita sendiri. Yang mana takpakai tu, buang. Yang kita pakai, letak bebaik kat tempat yang betul. Hmm kat umah mak pun sepah macamni ke? Tak kan... So train laaa jadi kemas walau di mana anda berada.

10) Rambut.
Ye, perempuan dan rambut gugur tu typical issue. So bila kau rasa and kau nampak rambut kau dah berbulu kat lantai kat bawah katil kat tingkap kat pintu dannn seluruh alam menyaksikan keserabutan itu.. Tolonglah dengan rendah dirinya pergi amik tisu dan kutip rambut2 kau tu buang dalam tong sampah. Eh, tak rimas ke eh tengok rambut duk berselirat sana sini. Kutip ye rambut tu. Kan rambut itu mahkota wanita, takkanlah bila diamonds dia jatuh terus sepak buat tak nampak je. Kutiplah letak bebaik dalam bekas. Sian rambut..


Okay lah, sekian sahaja bebelan aku untuk semua wanita seantero dunia. Termasuklah aku sendiri. Aku bukan nak kata aku bagus sangat, ni sebagai ingatan sesama kita. K? Bye.





Wednesday, 28 December 2016

We are strangers, forever.

Hey,

This one entry I dedicated to you.
I tried to be nice, for so so so many times ( all of my positive efforts are wasted).
I tried to befriend (which we will never be friends, everyone tells me that).
I tried to speak truthfully ( which was useless, you stabbed me back).
I tried to not be hated ( It never works).


Everything is wasted, useless and become worse, year by year.
After all the shits that you have thrown at me, all the rubbish tweets and comments or gossips, now I have come to this point. I wont deal anything with you anymore. I really hope that you would stop condemning me because you never ever have any chances to be me. You cant be me. We are different, for real.

I pray hard that you will live your life happily. May Allah bless you with your own life and relationship. And I hope you would understand if one day, we meet again, and I'm not talking or even glance at you.

We are now strangers. You choose this hatred path, you choose to be my forever enemy.
So, if your friends and your family are still hoping for me to lose, I think you are wrong.
I won't stop loving.
I won't stop being a happy me.
I won't stop living in my own Barbie world.
I won't quit.
You are no one in my life.
You are nothing to be so important to stuck in my head.

Don't come into my life anymore. I don't care if you are still bullshitting my names here and there because I live my life not to impress you, not to please you. Most importantly, I DON'T KNOW YOU AND I DON'T WANT TO.
 If you hate me, then go ahead. I won't stop you. I am truly tired and sick of you, girl. I have had enough. Go away from my life. Just go. We are now completely a stranger, stop looking at me and making me famous.
Have a great life ahead. I forgive all of your old threats towards me. Stop being jealous, I blocked you and your friends off so you won't struggle to hurt yourselves of seeing me being me. Just live your life to the fullest. Assalamualaikum :)
Ameen



Friday, 26 August 2016

Lavender




One day during my lunch time, I got a surprised call from him. He asked me to come down at the office's entrance. Right after I reached at the door, then I see him standing and smiling big at me holding a bouquet of purple flowers! I was shocked and screamed out loud in the happiest me! And i ran to him, got that flowers! awhhh it was a real drama alive! I was so happy! Thank you DD for the surprise. Even just for 10 minutes seeing each other, everything was so perfect and I'm in love. HAHA he gave me purplish flowers cuz I'm wearing purple tudung on that day. Then I found a poem written on a piece of paper. HAHA so sweet!


O' sweet lavender,
The brightest purple of all the flowers, Just like your smile dear, It warms every heart even the vampires'.
.
O' sweet lavender,
Keep your tears away, The strongest wind cannot make you sway,
Cause I'm here,
I'm here to stay.


So I asked him what's the meaning of that poem.
He replied:


He I'm imagining you as lavender. A purple sweet scent flower. Underrated yet never forgotten. Just like you baby girl. You're sweet. You make me cards, surprises.. so I'm translating the beauty of lavender and compare it with you. Brightest means joyful. You are always happy and every time I see you smile, I feel loved. Deeply in love. So that's why I said it warms every heart even the vampires. Vampires dont have heart, even if they do they cold as ice. But, when they see you smile, even the dead that does not have any hearts would feel the love. Cause your love is strong and about the strong wind.. It means that every time we have problems, regarding us or even regarding that psycho girl, any problem.. They cannot break you, not even a sway from you. Nothing can affect you. And you dont have to cry anymore because if you worry about us, please don't. Because I'm here to stay.


Then I fall for you again and again. Thank you DD.

Monday, 8 August 2016

Sebab sabar lama sangat

Ok, since semua tertanya tanya kenapa aku upload police report dekat IG haritu, now aku nak explain.

Korang semua tahu kan aku ada DD? And kalau korang nak tahu, DD ada ramai EXs. Since zaman sekolah rendah, dia dah terjebak ke kancah kapel *aku pun takfaham kenapalah mamat ni gatal sangat, kekecik dah pandai nak bercinta*. Tapi semuanya cinta monyet, dia kata dia kapel sebab kawan2 semua ada kapel. Hmmm mudah sangat terpengaruh dengan orang -___- So dia punya kapel tu endless with on off relationship sampai lah sekolah menengah. Dalam ramai2 dia punya ex, ada sorang budak nama Syera (nak sangat aku femeskan kau kan, now aku mention) yang duduk satu Bentong dgn dia. So, lepas skolah dorang putus. Mengikut cerita DD, dia memang dah takde hati kat budak tu. Sbb dah banyak kali dah putus before tu.

So DD jumpa aku dekat asasi. Aku kawan je dgn DD dulu. So, ex dia tadi kalut duk cari aku untuk aku pujuk DD get back to her. Siap ajak jumpa aku katanya nak kirim hadiah penting ke DD masa tu. No, aku takhadap nak jumpa dia sebab aku pentingkan kelas aku masa tu. Takcukup dengan tu, dia keep on texting me untuk pujuk DD lagi suruh balik kat dia. So, since aku bff DD masatu, aku pergilah slow talk dekat DD untuk pergi layan budak tu. Tapinyaaaa, DD terus emo sampai nak sepak segala kerusi meja. Dengar aku sebut nama budak tu pun dia stress mcm nak arwah, kening terus berkerut macam takleh nak bawak bincang langsung. "AKU TAKNAK BUDAK TU SYAA. JANGAN PAKSA AKU. AKU DAH LAMA TAHAN UNTUK STOP DENGAN DIA. AKU TAKSUKA DIA." DD bebetul marah masatu and aku hormat keputusan dia dan taknak paksa dia dah. Yes, aku dah pujuk Dzamir untuk suka kau balik masa tu, aku dah cuba tapi dia taknak.

Lama-lama tu, DD memang bebetul rapat dengan aku je. Habis asasi, DD confess dekat aku untuk ada dengan dia sebab dia kata dia sayang aku. Hati dia Allah jaga, bukan aku. Allah yg bagi rasa sayang tu wujud kat hati dia, aku pulak memang kenal dia je masatu so aku terima DD as my first love. Since that, aku perasan budak tu dah block aku kat FB tetiba. And start ajak geng dia carut aku kat twitter. Masa ni akhir 2011 dah. Masa tu aku noob, aku takde twitter. Tapi aku terjumpa dekat google. Bermacam benda budak ni and kekawan dia carut aku dekat Twitter. Selamba je dorang mention nama aku sesuka hati. Masa tu aku punyalah sakit hati sebab aku takbuat apepun dekat bebudak tu tapi dorang bash aku bagai gila.

Dia still takpuas hati. Suatu hari tu dia pergi tunggu DD depan pintu pagar rumah DD untuk face to face dengan DD. DD takut parents dia nampak, so DD terpaksa ikut dia keluar minum. Masa keluar tu, DD dah explained untuk stop bebetul dengan dia and DD did say sorry sbb DD pun taknak musuh. Tapi si pompuan ni kata kalau nak dia maafkan, DD kena add balik dia kat FB since DD dah serabut, DD blocked dia. DD asked why kena add balik? She replied, "Kalau kau add aku sekarang, mungkin kau akan suka aku balik sebab aku pun boleh jadi macam Syaa tu." Dengar macamtu, DD terus end up the conversation and sampai ke harini dia tak add budak tu balik. <-- Ni DD yg balik cerita kat aku.

So untuk meredakan keadaan, aku cuba berbaik dengan budak tu. Aku text dia, aku cuba jujur and slow talk bebaik dengan dia. Buat dia macam kawan. Aku takpernah pun fikir nak jaja nama dia dekat mana2 media sosial macam dia and the gang buat. Plus, dia kapel dgn kawan aku yg nama Azraai. So aku ingat life dia dah berubah n move on dgn pakwe baru. Aku pun buat okay jelahh, setiap kali raya aku akan whatsapp budak tu wish selamat hari raya and always remindkan dia utk kosong-kosong sebab aku taknak pun ada musuh just sebab benda bodoh. So aku bebetul fikir everything is good and fine.

Sampailah 1 August haritu, ada makcik Indon kat office aku ni pegang tangan aku and tilik. Tetiba dia kata "Ada orang nak datang buat adik sakit hati lagi. Dia masih takpuas hati sama adik." Dengar je ayat tu aku terdiam. Sape pulak takpuas hati kat aku.

So keesokkan malam, aku takleh nak tido. Aku rasa serabut. Rasa taktenang macam dedulu zaman kena kecam ngan bebudak tu. So, aku kuatkan hati utk bukak dekat google and stalk twitter budak tu. And DENGGGG! Hati aku macam takcukup nafas kejap bila terjumpa dorang duk mention nama aku. So aku buat general caption dekat satu gambar IG aku. Rupanya dorang stalk, and dorang terus nak kecam lagi.  Ini semua yang sempat aku screenshot untuk aku buat bukti bagi dekat polis and SKMM. Ini yang aku stalk selepas bertahun aku ignore. Yang selama aku diam, aku taktahu lah ape dorang carut kat aku.




Semua orang terkejut kenapa aku sampai report polis kan? Sebabnya benda ni dah LIMA TAHUN dulu lagi sampai sekarang tak habis. Aku dah cuba apa aku mampu untuk positive and be nice to that girl. But dia takpuas lagi nak jaja cerita pasal aku sampai satu Bentong tahu aku wujud. Yang aku takfaham, kawan-kawan dia yang takpernah sekali pun kenal aku, kemain kutuk aku sana sini macam aku yang cari pasal. Kalau aku jadi kekawan dia tu, aku rasa aku sepak kawan aku tu dulu sebab tak berhenti burukkan orang and takpernah move on even dah ada pakwe lain. Kalau aku jadi kawan budak tu, aku malu ada kawan yang tak matang duk kacau life orang sampai sekarang and ajak semua kawan jadi takmatang. Pendek citer, aku takkan amik port pun benda ni. Kau nak jadi ape tak move on kacau life orang, lantak kau lah. Tapiii tu KALAU AKU. The reality, bukan aku. They choose to hate me without knowing me at all. Sebab terlalu kuat assabiyah dorang, so kecam org taksalah pun sanggup.

Kenapa DD diam je? DD tak kesah? Ke DD takut? BUKAN.
DD fikir jauh dah benda ni. DD takboleh masuk campur bukan sebab taknak back-up aku. Tapi dia fikirkan mak ayah dia. Satu kawasan dgn budak tu, mak ayah budak tu dulu beria dah panggil mak ayah DD besan. Ajak DD pergi rumah dorang. So untuk jaga airmuka orang tua, DD just sabar and diam. Kang satgi DD sound kecam budak tu, mak ayah dia pulak bercakap pasal mak ayah DD. OK, aku faham and aku hormat tu. DD kata, kalau pompuan tu bukan satu tempat dgn dia, dia dah lama maki warning budak tu pergi main jejauh. Aku tanya, then why taknak kat budak tu since family kenal dah? SEBAB DIA PERANGAI MACAMTU. SEBAB TU SAYA BUKAN DENGAN DIA. 

Since aku dah kerja, and aku kerja dalam department ni, branding and self protection sangat lah penting! Boss sendiri yang suruh aku pergi buat report sebab mereka dah public kan nama aku macamtu. This is for my self-branding, my self-protection. Aku bagi segala details, nama penuh, nombor phone and gambar dekat polis. So polis boleh buat ape je? Haaa, if anything happens to me, nama budak tu polis cari dulu. Sebab dia yg pendam takpuas hati and attack aku macamtu. Lepas aku upload gambar report tu, budak tu terus block aku kat whatsapp, semua media social dia private tetiba. Hurmm.. Kalau takbuat salah, kenapa nak menyorok?

 Aku nak benda ni settle je. Aku nak kita hidup aman tenang takde anti sesiapa. Kenapa awak susah sangat nak redha and datang bebaik mintak maaf? Saya ni makhluk Allah, hati saya boleh memaafkan. Tapi selagi awak tak mengaku and apologize, sampai tulaaa sy tak maafkan semua benda awak dah buat dekat sy. Allah nampak, so up to you nak hidup dengan aman ataupun terus jadi pengecut sampai bebila takpuas hati kat org. Kenapa jadi macamtu dik? Sedih tahu tak. Sedih and kesiankan awak. Dahlaaa tu jadi macamtu, dah 22 dah awak tu. Besar dah, takbaik macamtu. Syukurlah dengan ape yang awak ada, bukan sakit hati dengan apa yang orang lain bahagia.


Sekian, mana yang baca harap faham and jaga life sendiri. Life is too short to hate.

Tuesday, 26 July 2016

Review : Qasreena Collection


Hi beautiful ladies,

So besides my endless working life  this and that, i always put my dressing on top. So previously, I just got a beautiful dress from a super exclusive brand, Qasreena Collection. I believe this brand is going to bloom well just too soon!

From my own experience of wearing a signature from this brand is I love each of the beautiful and unique design of its collection. My #sopheadress is absolutely turned me up into a super stunning lady! Well, talking about the quality, Qasreena Collection only uses the best and high quality materials. Each of the crystals ornaments are being embedded very detail. The princess cutting style is totally gives a difference on this dress. As always, simplicity is the keynote of true elegance. That is how i fall in love with #sopheadress by Qasreena Collection. It preserves modesty, epitome of sophistication and timeless comfort. This is the new phenomenal of the latest look of a dress for us girls!

Just to share with you, a few of beautiful moments wearing this ever graceful #sopheadress. Please, please be jealous and get yours now! Hihi



And not to forget, Qasreena Collection also provides us with another beautiful signatures. Let's have a look ladies!
A true exclusive jubah for a pretty girl like you.

Aisha Jubah, brings you the real sweetness in a piece of attire.


Kayla Dress is the true darling to keep you shining wherever you are.


Well, a girl and skirt is always a perfection! Leena Skirt fulfills all your needs in finding a fabulous skirt like everrr!
For those who love cardigan, this Naura Cardigan is perfect for you. Comfort and completely cover your aurah. You will always be good to go wearing this flowy long cardigan!
So what are you waiting for?? Have look on their page and instagram @QasreenaCollection. NOWWWWWWW!




Friday, 3 June 2016

#nicksyaaaturns23

Yuhuu! Disebabkan  terlampau sibuk sikit je lagi dah cecah tahap menteri, tak sempat nak update even untuk birthday sendiri. Sobs. Sebabnyaaaa masa 20 May haritu, aku sibuk buat persiapan untuk event company. So yeah, on that day... serious rasa macam hambar gila, macam takde makna pun birthday tu.

tapiiii... okay lah, at least memakcik department aku ni caring loving gittew kan. tetiba je buat seprais kasi cake sepotong! HAHA so comel *lap tears*



Sahabat sejati laaa katakan, takpernah buat aku sendiri. Ada je dia buat aku tersengih tayang gigi even nak nangis dalam hati sebab terlalu happy! Dalam duk kalut dgn keje sampai malam, tetiba kakbell text nak jumpa. aku suruh dia datang office, skali dia sampai... TADAAA!

Thank you Kak Bell for always try your best to make me feel loved . i love you no ends!

A week berlalu, settle lah segala event yg mengharu biru kan hidup aku dan harijadiku. hahaha fuhh! lega sangat. Tapi tulah, seronok sebenarnya ada boss macam boss aku ni. sweet dia sukar dijangka, and yes.. I thankgod for knowing him! Sweet sangat tetiba belanja satu team makan and buat seprais bawak cake cemtu! hiks *lap tears* Thank you Boss!



Macam sedih lah jgk, dah terlewat seminggu camtu baru nak berhari jadi kann.. 
 
Balik umah Yat, then ttiba dia bawak sebiji cake camni haaa!! Eeeii secret recipe kot! Sedappp oi. Thank youuuu! thank you sebab selalu jadi abang terbaik untuk aku!








 

And these are my gegadis yang takkan pernah hilang di hati. Thank you for always make me feel close and love you guys even more everyday!

Sooo thanks for all the beautiful wishes, may Allah bless. See you next year 20 MAY :)