YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Tuesday 15 January 2013

Kopi Susu Hatiku

Seorang putih, gebu. Seorang lagi kaler macam suram. HAHA! alaaa macam combination KOPI SUSU lah! Haa, lagi sweet daripada VANILLA & COKLAT tuu taw. Tapi yang nyata, dua-dua comel and tiada bandingannya dalam dunia ni.

Yang cantik, yang sabar dan tabah lebih daripada seorang askar yg ganas duk main tembak2 tu, and yang suka panggil aku dengan nama penuh bila time kejut Subuh. Yang akan bebel bila aku selalu bangun lambat, yg ajar aku potong kerabu halus2, yg dera aku pakai baju kurung bila pergi kenduri, yg cubit mulut aku bila terlepas gelak mcm langsuir, yg dengar cerita-cerita tak lawak aku, yg suka bagi ceramah free tetiap malam bila aku tengah syok tengok TV, yg selalu jadi mangsa dipeluk aku. Seorang wanita mulia, suatu anugerah yang aku syukuri, seorang insan yang tiada ganti. Hasmah Hussain, dia yang terindah, Syurga Duniaku, my beloved MEK! *peluk ketat2* HUAHUA!
 Ni laa Primadonna hati sy! nampak x jelingan tajam beliau? Aku kena cubit smapai lebam pas webcam tu =='
Yang kacak, yang tough mengalahkan John Senna, yang chubby gilaaa mcm teddy. Peneman waktu makan yg setia, HERO paling superb di abad ni. Yang ajar aku boxing kat depan TV, yang selalu bawak aku merempit pusing kebun round2 kampung, yang jadi pakwe paling caring and pendengar tangis pilu aku bila OTP,  yang melawak sampai nak terburai urat kentut aku, yang boleh garang mengalahkan rimau, yang tegas lebih daripada komander KESATRIA aku *errr, komander aku comel je, tegas kelaut* and yang manja gila sampai aku jatuh cinta. Dia insan terhebat, yang aku kagum sampai mati. Nik Muhammad bin Awang Hamat, suatu nama yang menjadi pelengkap setia di akhir nama aku! *buat muka kagum* Oh yeahhhh! Who else, his my Ayoh.
hee! Sweet kami dua? Jangan jelesss, Ayoh ambo gewe ambo!
So, this entry is all about my awesome parents. My world. Alhamdulillah, syukur gila ada mereka yang sanggup besarkan aku *walaupun aku xbape nak besar* sampai hari ni. Syukur sangat mereka takpernah penat nak layan budak slenger ni sampai jadi orang. Syukur lagi sebab mereka berikan dunia yang sempurna, yang indah and yang takkan sama dgn dunia korang2 semua. Even kekadang aku rasa mcm tensen nak mati sbb terlalu banyak JANGAN ITU JANGAN INI, tapi satu yang pasti rasa sayang dan hormat pada mereka tak pernah buat aku benci. Aku sedar, semua orang tua inginkan yang terbaik untuk anaknya, same goes to them. And yeahh.. JANGAN TANYA BANYAK MANA SAYANG AKU DEKAT DORANG! sebab korang takkan pernah jumpa bandingannya sebab mereka ada dalam nyawa aku. *ohh gramatis pulak ayat aku*

Tapi siyesly, sape tak syg mak bapak weh? Terok gila tuu. Sayanglah parents kita, takde dorang takde nya kita duk menggila kt dunia ni. takde nya kita duk gelak geguling sana sini. Syukurlah. Sedar diri. Seterok mana pun kita tensi dkt dorang cuz of certain things, takkan terbanding dgn ape yg dorang da tensi nak besarkan kita sampai loni. Marah tahap ape skalipun dkt dorang, tak layak langsung utk kita nk rasa tu sebenarnya. Nak mengungkit, berkira? Mohonlah jangan. Itu langsung tak padan.

Satu je, segala yang ibu bapa kita dah bagi dekat kita, takkan pernah terbalas pun. Sayanglah mereka selagi mereka masih ada, sedarlah mereka makin tua bila kita semua makin besar dan berjaya. Jangan terlambat rasa, kerana mereka akan pergi tanpa kita sedia or tanpa sempat membalas jasa.

No comments:

Post a Comment