Assalamualaikum!
From my own sayings, aku sebenarnya kann.. Sangat lah
takfaham macam mana orang yg tergedik gedik terhegeh hegeh nak bercinta, nak
punya someone special tapi TAKBOLEH NAK SETIA. Dengggg! Kalau korang sendiri
pun, apa korang pikir? Logik tak kalau nak apply the term of “BERSAMA” without “SETIA”?
Nonsense gilaaa nokss! Mak sangat lah tak faham acano org2 ni boleh sewenangnya
mengada buat2 taktau ape makna setia bila dia dah come out to be with that
person. I mean, A PERSON. Satu. Bukan dua, tiga, empat or another stupid
numbers lagi lah.
Masa awal2 nak ngorat, amboiii… Usha semua benda, konon jadi
teman susah senang, yg paling memahami, a forever perfect lover. Yelah, masa
hangat kann.. Texts tuuu kalau boleh taknak letak fon ha! Karang text nak wish
good morning tuuu panjang dia macam buat essay MUET da hah. Punyalahhh manis
berkrim penuh segala bagai sayang comel anje baby darling. Tu tak kira text yg
selepas tu pulak nak tunggu ke text nak tido malam nanti, semua macam “Ololooo,
sweet laaa you ni”. Then tetiba feeling terkapai2 di awangan dan singgah sebentar
berehat di bulan purnama lalu bermain jongkang jongkit di bintang bintang kat
atas sana. *Korang paham kan tahap angau dia tinggi mana aku cuba cakap tu?* Hmm.. Pastu, masa sweet tu jugaklahh.. Semua
sifat mulia dan amalan terpuji kita nampak kat dia. Siap tolong kejut subuh
uolls! Haaa nak tidur malam baca doa tdur sesame. Pastu text pun baik je, penuh
concern dan tahap caring yg menggunung. Bab dating? Alaaa malas aaa nak kata,
sweet comel semua ada! Kalah laaa Irwanshah Pencinta Wanita tu hah. *tetiba*.
Bagi itu ini, sanggup buat apa je. Ni aku bagitahu ni sebab aku pun buat
macamtu, org bercinta dan jadi sweet tuu memang normal.
Tapi kalau org tu tetiba macam
semacam dah.. Sampai kita sendiri rasa macam “Ehh, aku ni tak wujud ke ape?
Kita ni kapel lagi ke idakk?”. Haaaa dah mai dahh rasa lagu tuhhh! Then mula
gaduh bla bla bla. Aku bukan apa, kalau
gaduh sebab memang takde perasaan and memang taksayang dah dekat kekasih korang
tuu.. Nak buat macamana kan? Takkan laa nak paksa orang sayang kita, takkan nak
push dia terima jugak even dia dah takde perasaan kat kita ni. Sayang tuu kan
kena ikhlas, mana boleh sebab paksaan or kesian. Yang aku panas is PUTUS SEBAB
TAK SETIA. Eeeii mangkok, kalau kau rasa kau takboleh nak setia.. Buat apa kau
mengada nak mintak hati dia attach dekat hati kau nokks? Kalau sedar diri kau
tuu hati tak tetap dan tak nyata utk jadi setia, takpayahlah nak sebok nak sayang2
sangat awal2 masa dulu tu ha! Time awal2 dulu, masa tak dapat.. Kemain kau
ushaa, kau bodek kau puja.. Bila dah ada depan mata, dia usaha nak jaga hati
kau semata.. Sesenang pulak kau buat tak sedar diri, buat dia macam tak wujud. Text
mula sepatah sepatah, call jarang2, jumpa macam taklangsung dah, takbanyak
gelak, takde sweet mengada, tak tak tak and takk semua. See.
Ni aku jumpa kat twitter. Tah sape laa punya. Maaf, aku amik jadi contoh. |
Aku bagi satu situation, bilamana that person dah declare
elok2 nak setia nak jaga relay tu sampai tua. Yelaaa umur dah masuk 20 lebih ni
kannn.. Takde makna nya nak main2 cinta ha, kalau berkenalan tu mesti nak kenal
bebetul utk masa depan. Utk nikah, halal. So, mestilah serious masa nak say YES
tu. But then, lama pastu cakap takboleh ubah perangai lama. Still lagi nak
spend time dgn kawan2 lain jantina, social activities sama2 macam masa single
dulu ha. And then, kau tak kasi kekasih kau tu jeles? Kau cakap dia annoying,
clingy, insecure sangat bagai. HELLO! Gila kau tak jeles. Hati kita dah setia
kemain, dah doa kat Allah nak dipanjangkan cerita kita dua.. Tapi kau? Kau nak
lagi hidup macam kau takde sesapa. Time kau nak hang out dgn kawan lain gender
tuu, kau reti je cakap takde ape. Relaxlah. Tapi, time turn dia nak keluar, nak
tegur kawan lain gender dia.. Kau punya marah, kau punya dengki.. BERAPI. Haaa,
kau reti. Skali lagi aku nak tanya, KENAPA KENA KAWAN LAIN GENDER?!! Dah habis sama gender ko nak rapat? Duhh, sape
tak terasa oi? Bukan tak kasi berkawan, tapi SEDARLAH DIRI STATUS HATI KAU TU APA. JANGANLAH OVER SANGAT BERKAWAN TUH. Jaga hati orang sikit boleh? Orang yg kita sayang duk spend time dgn bebasnya dgn KAWAN LAIN
GENDER tuu. *lap airmata* Sakit hati ni tauu! Ibarat hati ni, kena tenyeh
dengan kulit durian, pastu dituang minyak panas, then kena seret atas jalan tar and at last kena langgar lori
balak. Hah! Ko boleh bayang tak tahap sakit dia bagai apa? Jeles ni sakit laaa weh. SAKIT.
Macamni lah, aku just nak cakap je. Kita yg da umur 20
lebih2 ni.. sebenarnya dah taklayak nak puppy love bagai. Aku sendiri pun,
serius aku kata. Aku ada dia sekarang ni, bukan utk manja2 semata. Aku nak buat
dia jadi HALAL. Hidup sampai tua sama2. Sebab tu aku jaga and mintak dia sama2
sedar apa yg kami ada. Then, mampu usaha and doa je kat Dia. Bukanlah nak kata
aku bagusss sangat ke apa, maksud aku.. Slagi mampu, usahalah. Korang kalau
setakat nak mengada je declare semata, takpayahlahh buang masa. Kalau takboleh
nak jadi setia, takpuas lagi joli dgn dunia kau, taknak rasa terikat, taknak
jaga jiwa org, kau janganlah mula masa awal2 dulu tu ha. Kesian weh dekat org
tu, kau hampehkan dia sebab takreti nak setia. Nak sayang orang ni, penat tau
kalau hati kita tak ikhlas. Nak setia ni payah kalau taksedar apa kita harapkan
dari dia. Kalau dah tak sayang, jujur and be strong to let go. Jangan duk
torture hati dia, kau gantung dia dgn title “KEKASIH” lama2 tapi kau duk
berjimba kat sana, lupa dah setia tu campak mana! Ingatlah, sayang ni bersifat
dua hala. Kalau sorang je setia, tapi lagi sekor tah kemana.. Hmm, rabak jiwa
tahan sebak sakit dada, merah mata tahan sedih sorang2 rasa.
Bersyukurlah dengan apa yang korang ada depan mata. Jangan
nak tamak haloba sangat dengan apa kau nampak ada kat luar sana. Orang yang nak
sayang kita sungguh2 ni, payah nak jumpa. Tak semua boleh terima kita seadanya.
Mmmmuah stepek :*
No comments:
Post a Comment