YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Sunday, 13 April 2014

Kekasih tersisih.

Assalamualaikum! 
From my own sayings, aku sebenarnya kann.. Sangat lah takfaham macam mana orang yg tergedik gedik terhegeh hegeh nak bercinta, nak punya someone special tapi TAKBOLEH NAK SETIA. Dengggg! Kalau korang sendiri pun, apa korang pikir? Logik tak kalau nak apply the term of “BERSAMA” without “SETIA”? Nonsense gilaaa nokss! Mak sangat lah tak faham acano org2 ni boleh sewenangnya mengada buat2 taktau ape makna setia bila dia dah come out to be with that person. I mean, A PERSON. Satu. Bukan dua, tiga, empat or another stupid numbers lagi lah.

Masa awal2 nak ngorat, amboiii… Usha semua benda, konon jadi teman susah senang, yg paling memahami, a forever perfect lover. Yelah, masa hangat kann.. Texts tuuu kalau boleh taknak letak fon ha! Karang text nak wish good morning tuuu panjang dia macam buat essay MUET da hah. Punyalahhh manis berkrim penuh segala bagai sayang comel anje baby darling. Tu tak kira text yg selepas tu pulak nak tunggu ke text nak tido malam nanti, semua macam “Ololooo, sweet laaa you ni”.  Then tetiba feeling  terkapai2 di awangan dan singgah sebentar berehat di bulan purnama lalu bermain jongkang jongkit di bintang bintang kat atas sana. *Korang paham kan tahap angau dia tinggi mana aku cuba cakap tu?*  Hmm.. Pastu, masa sweet tu jugaklahh.. Semua sifat mulia dan amalan terpuji kita nampak kat dia. Siap tolong kejut subuh uolls! Haaa nak tidur malam baca doa tdur sesame. Pastu text pun baik je, penuh concern dan tahap caring yg menggunung. Bab dating? Alaaa malas aaa nak kata, sweet comel semua ada! Kalah laaa Irwanshah Pencinta Wanita tu hah. *tetiba*. Bagi itu ini, sanggup buat apa je. Ni aku bagitahu ni sebab aku pun buat macamtu, org bercinta dan jadi sweet tuu memang normal.
Tapi kalau org tu tetiba macam semacam dah.. Sampai kita sendiri rasa macam “Ehh, aku ni tak wujud ke ape? Kita ni kapel lagi ke idakk?”. Haaaa dah mai dahh rasa lagu tuhhh! Then mula gaduh bla  bla bla. Aku bukan apa, kalau gaduh sebab memang takde perasaan and memang taksayang dah dekat kekasih korang tuu.. Nak buat macamana kan? Takkan laa nak paksa orang sayang kita, takkan nak push dia terima jugak even dia dah takde perasaan kat kita ni. Sayang tuu kan kena ikhlas, mana boleh sebab paksaan or kesian. Yang aku panas is PUTUS SEBAB TAK SETIA. Eeeii mangkok, kalau kau rasa kau takboleh nak setia.. Buat apa kau mengada nak mintak hati dia attach dekat hati kau nokks? Kalau sedar diri kau tuu hati tak tetap dan tak nyata utk jadi setia, takpayahlah nak sebok nak sayang2 sangat awal2 masa dulu tu ha! Time awal2 dulu, masa tak dapat.. Kemain kau ushaa, kau bodek kau puja.. Bila dah ada depan mata, dia usaha nak jaga hati kau semata.. Sesenang pulak kau buat tak sedar diri, buat dia macam tak wujud. Text mula sepatah sepatah, call jarang2, jumpa macam taklangsung dah, takbanyak gelak, takde sweet mengada, tak tak tak and takk semua. See.
Ni aku jumpa kat twitter. Tah sape laa punya. Maaf, aku amik jadi contoh.
Aku bagi satu situation, bilamana that person dah declare elok2 nak setia nak jaga relay tu sampai tua. Yelaaa umur dah masuk 20 lebih ni kannn.. Takde makna nya nak main2 cinta ha, kalau berkenalan tu mesti nak kenal bebetul utk masa depan. Utk nikah, halal. So, mestilah serious masa nak say YES tu. But then, lama pastu cakap takboleh ubah perangai lama. Still lagi nak spend time dgn kawan2 lain jantina, social activities sama2 macam masa single dulu ha. And then, kau tak kasi kekasih kau tu jeles? Kau cakap dia annoying, clingy, insecure sangat bagai. HELLO! Gila kau tak jeles. Hati kita dah setia kemain, dah doa kat Allah nak dipanjangkan cerita kita dua.. Tapi kau? Kau nak lagi hidup macam kau takde sesapa. Time kau nak hang out dgn kawan lain gender tuu, kau reti je cakap takde ape. Relaxlah. Tapi, time turn dia nak keluar, nak tegur kawan lain gender dia.. Kau punya marah, kau punya dengki.. BERAPI. Haaa, kau reti. Skali lagi aku nak tanya, KENAPA KENA KAWAN LAIN GENDER?!!  Dah habis sama gender ko nak rapat? Duhh, sape tak terasa oi? Bukan tak kasi berkawan, tapi SEDARLAH DIRI STATUS HATI KAU TU APA. JANGANLAH OVER SANGAT BERKAWAN TUH. Jaga hati orang sikit boleh? Orang yg kita sayang duk spend time dgn bebasnya dgn KAWAN LAIN GENDER tuu. *lap airmata* Sakit hati ni tauu! Ibarat hati ni, kena tenyeh dengan kulit durian, pastu dituang minyak panas, then kena seret  atas jalan tar and at last kena langgar lori balak. Hah! Ko boleh bayang tak tahap sakit dia bagai apa? Jeles ni sakit laaa weh. SAKIT.
Macamni lah, aku just nak cakap je. Kita yg da umur 20 lebih2 ni.. sebenarnya dah taklayak nak puppy love bagai. Aku sendiri pun, serius aku kata. Aku ada dia sekarang ni, bukan utk manja2 semata. Aku nak buat dia jadi HALAL. Hidup sampai tua sama2. Sebab tu aku jaga and mintak dia sama2 sedar apa yg kami ada. Then, mampu usaha and doa je kat Dia. Bukanlah nak kata aku bagusss sangat ke apa, maksud aku.. Slagi mampu, usahalah. Korang kalau setakat nak mengada je declare semata, takpayahlahh buang masa. Kalau takboleh nak jadi setia, takpuas lagi joli dgn dunia kau, taknak rasa terikat, taknak jaga jiwa org, kau janganlah mula masa awal2 dulu tu ha. Kesian weh dekat org tu, kau hampehkan dia sebab takreti nak setia. Nak sayang orang ni, penat tau kalau hati kita tak ikhlas. Nak setia ni payah kalau taksedar apa kita harapkan dari dia. Kalau dah tak sayang, jujur and be strong to let go. Jangan duk torture hati dia, kau gantung dia dgn title “KEKASIH” lama2 tapi kau duk berjimba kat sana, lupa dah setia tu campak mana! Ingatlah, sayang ni bersifat dua hala. Kalau sorang je setia, tapi lagi sekor tah kemana.. Hmm, rabak jiwa tahan sebak sakit dada, merah mata tahan sedih sorang2 rasa.

Bersyukurlah dengan apa yang korang ada depan mata. Jangan nak tamak haloba sangat dengan apa kau nampak ada kat luar sana. Orang yang nak sayang kita sungguh2 ni, payah nak jumpa. Tak semua boleh terima kita seadanya.
Mmmmuah stepek :*


Friday, 4 April 2014

Happy 21st DD!

First of all,
Click here, let's sing you a birthday song!


HAHAHHA! Do you like it? 
I rarely do these stuffs, yelahh nak kena focus gegunting and do this and that. Penat tauuu! Tapi demi DD,  Sanggup skip assignment kejap to prepare semua ni just to celebrate you for your special day. Just to grab your smile and to make you feel loved. I hope it's working! Smile please.
This is my hand made card. Err, it's not look like a card though. make sure you put it on your wall okay?
And this is my own designed pencil box for you! I hope you love it.
I know you and air kosong never been apart, so i choose to give you this BROS punya botol air. it looks cool kan? Simple much and make sure you drink well every day just to keep u fresh and tak sleepy dlm kelas :) Jgn lupa Bismillah before u drink!
As always, here is love letter from Kasih.
Here your parcel's look. Even kotak ni pun handmade tauuu! Dah abis special da laaa ni ha. Penat brain storming nak cari idea.
 Happy Birthday DD! It's 21 already. You've grown up and yeahhh.. Now u are becoming a big man. Watch the video, it's me wishing you. Check it out!


Andddd not to forget to thank you for your advanced surprise. This is so funny, birthday boy yg post parcel kat orang pulak. After i received this parcel, then we text. It so touched once i read this,

" There's a little girl who want that bag so much, so i bought it for her. Don't lose the receipt and the turn ticket. read them, i dont have any paper so i have to use them yesterday. Sorry if they are not proper enough. DD penat sangat, mula2 pergi TS cari kasut, then gi KL sentral.. Ingat nak pegi seremban, tapi awak kan kelas. Ingat nak suruh ponteng je, HAHAHHA tapi.. bila fikir balik, study tu kan penting. DD ingat haritu Kasih nak bag Vincci , DD cari laa butik tu rata rata. Da beli, DD cari post office pulak. Puas cari, sampai melecet kaki semua. Demi Kasih, it's okay. DD taknak Kasih marah DD je, DD nak Kasih happy. Kasih suka sangat bag tu kan, DD belikanlaa. Sebab tu DD tak kasi awak beli, simpan duit tuu sebab DD yg nak belikan. Untuk Kasih je."
*lap airmata*
Thanks DD for this, sayang DD juta juta sampai bila bila. Once again, selamat menjadi seorang yg dewasa :)


Friday, 21 March 2014

theKakaks

Hai uolls! It has been a while aku asik mention theKakaks here and there. So, now i take a chance to introduce you my superb kakaks i ever have, my other beautiful people, sisterhood, a family, life. Bila aku kenal dorang, baru aku nampak erti kawan dgn campus ni. Bila hidup dgn dorang, baru aku rasa aku jadi hidup. Dorang kan, kalau ada takpuas hati ke pape.. Dorang terus cakap, macam a real friend should act. Yg aku tabik pasal dorang, kalau susah ke ada masalah ke.. Dorang tak tinggal tauu, dorang mesti sesama tolong. Sebab tu kalau buat pape je, mesti berderet semua sama sama. Even kami ramai, hati kami dekat.

Let's start with Mummy Kunor! Okay, Ku Noorshahira Ku Rahim. Why Mummy? Sebabbb... She always act like a mother among us. She takes care of our daily needs, bawak we all go here and there, jemput hantar kami pegi balik kelas, she would go out and get us some food to survive, she really takes care of our kebajikan laaaa pendek kata. Semua benda, she will take part termasuklah bangun kejut subuh, anddd cubit bontot orang kalau tengah syok bermalas malasan atas tilam. Nway, she's just like my superwoman. She's the one who brought me into this family after i've been lost, terkapaikapai after being dumb in a 'friendship' masa awal2 hidup kat campus duu. Sobss, how sad. So MummyKunor push me up, to be stronger, to keep alive and to be the real me. Thank God, now i really did it!

Along Qish. I used to call her Along sebab dia the eldest sister in her siblings and because of her size yg triple me, sooo suit her with "ALONG". Oh haa, nama dia.. Qurraisya Rahmat. Unik kan? Kannn? HAHA she's veryyy the ganas okay! Kalau dia marah ke bebel keee, abis keluar semua benda yg aku sdri takreti nak kata. Dialah paling brutal and garang, so jangan buat dia marah. Tapi aku dah lali dah kena sound, nakal plus pending sangat kann.. what to do. She got a real strong heart, dia selalu cakap dia hati kayu. Sebab? Sebab dia susah nak kesiankan orang yg memang buat salah as she prefer to say "PADAN MUKA!". She is another person yg ajar aku utk jadi kuat, who always tell me everything to face the situation. To keep me beware of the other people outside there, to not be sooo stupid to trust people easily. Emm, my kakak gadjet. my superb tukang buli. Tapiiii, kalau kenal dia bebetul.. She is sooo caring, and sometimes loving. Kalau bebosan, dia datanglah bilik. tengok aku duk buat ape, paling gila.. Boleh selfie sesama tak kira masa. Sayanggg AlongQish. *beliau masih single, Hihikk!
My Kekniss! Yayyy! Anis Sofea My bedmate, my hug before bangunn tidur, my imam, my setazah sebab she would always be the one yg akan tegur kalau pakai short pant gaya amoi tuu *insaf*. Hihik! Kekniss ni soft hearted sangat tauu. Dengan dia, aku akan bahasakan nama. Takcakap aku kau, takde lahh nak sebut bongok ke apa kalau borak dengan dia. She would always there, layan je semua benda kalau aku mintak apa apa. Macam a sister always does. bebel? Emmm boleh tahan lah jugak. yelaaa, aku ni.. semua org pun akan bebel. hahahaaha yg aku tahu.. Kekniss laa kakak yg paling soft, andddd..... ni serius, cantik. *pun masih single. HAHAHA


Next, my makcik instagram, makcik fashion, makcik gambar, partner in crime, master chef andddd kakak paling comel sebab dia paling kecik among us. Introduce you my KakBell or nama glemer, Nabilah Ahmad. KakBell ni laaaa yg selalu melayan kegilaan aku bab bergambar, bab gedik mengada, bab fesyen, bab loveee lovee.. Haaa! Sweet kan? Paling best kalau story pape dekat kakbell, dia akan always dengar macam bebetul faham apa aku nak katakan. Puas laaaa kalau cerita pape dekat dia, a good listener. Not to forget, cecepat lahhh kawen dengan abang sado pujaan hati tuuu. 

Kak Jaja atau dengan nama ic nya Siti Hajar binti Ishak. Haaaa, kak jaja ni.. Dia serius sikit. Kalau tak kenal dia, mmg dia takkan nak tegur korang dulu. Aku dulu pun takberani nak tegur dia, dia tengok org mcm semua kena jeling sebab mata dia sepet, nampak sipi sipi jee camtu. Tapi now, bila da dekat da rapat.. Ya Allah.. Skali kalau dia tergelak, nak menangis tengok. Macam ikhlas gila dia gelak, andddd bila bebetul kenal dia kann.. Sebenarnya dia sweet laa jugak. Sebenarnyalahhhh... *ini pun solo lagi. Hiii

Kak Seha. haaaa ni kakak yg paling noob, Siti Nasihah Muhamad Zawawi. HAHA, bukan ape.. Dia punya muka kalau tengah cakap dgn dia kan, mesti macam takde expression punn. Tapi, kalau bab KPOP. Haa, kau takyah cakap aaaaa.. hari hari dia layan. Paling takleh blah, klau ajak bergambar dgn dia kan.. mesti takde satu pun gambar normal. mesti dia sebok jee nak buat aksi bebukan, rosak gambar. hahaha kelakar tauu! Nak nak kalau dia mula bercerita, mmg klaka. Bukan sebab cerita dia yg klaka, tapi tgok muka dia. hahhaha

Kak Fara. Nama special, Fara Maakon. Haaa! Kak Fara ni laaaa chef kitorang! Dia masak kann.. Perghhhhh! meleleh air liur habaq hanggg. Sedapppp oi! Dah boleh aaaa nak bukak kedai makan kannn. Dia pun macam pemalu, tp kalau bcakap.. Tetiba brutal macam kakak kawasan dah. HAHAHA

Last but not least.. KekTaaa! Nama penuh, Masitah Azid. Emm ni laaaa komander paling berkaliber! Kikiki.. Tapi kann dia laaaa paling penyayang. Sebab? Dia sorang je panggil aku "DikSya", haaaa sweet dak? Hihihi. Comel sangat taw! Ni lagi sorang, kalau bergambar takpernah normal. Yg suka pasal Kektaa, dia lawak gilaaa oi. Cerita dia, semua takpernah fail buat kitorang terguling gelak ha. Tapii sorang guys, ni tunangan orang dah. HAHAHA

Sooo, here my words sisters. Thanks a lot for being with me, be my sisters, my family. I have never thought that we would be this way sedangkan awal2 dulu all of you annoyed gila dengan aku. HAHA Allah dah set up semua ni dalam cerita kita kot, what else aku boleh cakap except SYUKUR. Yes, really much. Syukur sebab Allah datangkan korang utk jaga aku, support aku, buat aku macam adik korang sendiri. Sebab tu aku tak amik hati sangat kalau korang bebel pape, sebab mmg mcmtulahh a kakak always behave. I'm so sorry if I'm not good enough or else.. But from my side, i do appreciate your kindnesses, your cares, yourselves. Really thanks, i pray that Allah would always take care all of you and keep you all safe in whatever you do. May this sisterhood long last. You know what's forever is? You, theKakak.




Mmuahhh stepek :*

Thursday, 13 March 2014

Masa aku kecik dulu..

Hihik! Aku takde keje skang ni, so aku nak share few cerita dkt korang macamana aku masa kecik dlu. Aku rasa korang takkan percaya aku macamtu. Tapi ni kisah kenangan hidup aku yg aku ingat sampai sekarang. Bila aku cerita dekat kawan2 kat sini, dorang gelak sampai kua airmata oi. Kelakar tak ingat! Nakal, bising, brutal and aku sangat laaa hyper! 

NO SKIRT.
Nak katanya aku ni boyish sangat, aku takde pun skirt cecomel or dress pink ala2 princess semua tu ha. Baju harian aku just baju tshirt yg memang da pair dgn sluar pendek tu haa! Alaaa, yg gambar katun power rangers la, teletubbies ape semua tu.. Paling aku takleh blah, ade skali hari raya tuu. Aku takbuat baju kurung pun. Aku pakai baju melayu kaler biru. Sebab? Sebab aku kawan dgn abang aku je kat umah tu, bila abg pakai macamtu. Aku tiru. HAHHAH

AYOH kan Penghulu Kampung
Haaa, masa aku kecik dulu.. Ayoh jadi penghulu kg. Nak kata specialnya jadi penghulu, sampai dentist datang cabut gigi kat umah and tukang gunting pun datang umah kasi service. Masa Ayoh nak cabut gigi dia, aku nak cabut gigi jugak. Lepas turn Ayoh, aku cecepat baring kat kerusi nganga mulut macam beruang kutub. Eksaited kannn.. Skali bila doctor spray ubat bius kat mulut, haptuihhhh! haa amik kau! aku dgn otomatiknya terludah air liur kat muka doctor tu then sebaris ayat keluar dri mulut budak ni, "DOKTOR GILA, UBAT GAPO NIH! PAHIT!" pastu, mak aku terus angkat aku dukung bawak masuk dapor. Da masuk dapor, dushh dushh watchaaa! Aku kena cubit berdas das oi. Seminggu lebam kat paha kat pipi sebab kena cubit. HAHAHHA pastu, masa tukang gunting rambut dtg rumah potong rambut ayoh. Aku tunggu jelaaa tengok dia ptong. Bila ayoh da siap, kemain pendek rambut dia. Macho takyah kata laaa. Haa aku pegi duduk kat kerusi tu, then cakap dekat pakcik tukang gunting tu "BUAT MACAM AYOH." So, rambut aku masa tu.. pendek mcm rambut laki lah. Kacak taw!

BALIK SKOLAH
Kalau skolah dlu, balik ayoh jemput. Awal2 aku duk dalam bakul moto, tapi lepas satu moment tu. Ayoh tengah borak dgn kwan dia and tak matikan gear motor. Skali aku naik, aku pulas gear tuu.. Terlompat motor skali dgn ayoh sampai terlanggar motor kawan dia kat depan. DUSHH! Ayoh sekeh kepala aku. Yayy padan muka aku. Since from that day, aku duk blakang. Tapiiii.. aku takduduk gaya normal mcm korang laaa. Ape barang duduk camtu, tak rare. AKu duduk, aku sandar blakang aku dekat blakang ayoh yg tgh bwak motor. AHAHA then aku lambai2 laa tangan kat kengkawan yg balik jalan kaki tu dgn penuh rasa bangga diri. Bongok juga budak ni.

BERTUMBUK
Hah, ni masa Darjah Satu. Aku sekelas dgn cousin aku. Ada satu hari masa rehat, tetiba ade kawan panggil aku cakap cousin aku tu tengah bertumbuk dgn sorang budak gemuk yg kekonon gengster. Aku terus berlari angkat kain, lari punya lari. Aku panjat blakang budak gemuk tu, aku siku kepala dia sambil jerit "KAU STOP SEKARANG! KALAU TAK, PATAH TENGKUK KAU NI!!!" dushhh dushh! Then budak gemuk tu lepakan couin aku, aku turun then warn budak tadi jgn kacau cousin aku lagi. HAHAHA

FAIL PECAH
Hmm ni masa fardhu ain. Biasa bebudak laki, mengada kann. Kacau budak budak ni. Skali aku rimas sangat, aku pegi dekat blakang sorang budak laki yg nakal gila tu... Aku hempuk dia dgn fail plastic tu sampai pecah. HAHHA ustazah panggil aku knape pukul org sampai camtu. then me, "TANYA DIA DULU, KALAU DIA TAK KACAU SAYA , SAYA TAK BUAT DIA NANGIS MACAMTU."

KALAU TAKPUAS HATI
Ni another perangai buruk aku time kecik, pegi skolah kalau ade budak cari pasal then aku xboleh balas. Haaa jaga laa. Aku balik skolah, aku nyorok balakang semak tepi jalan tuu aku tunggu budak2 yg aku takpuas hati tu lalu. Apa lagi? Baling batuuuuu! HAHAHHHA padan muka kau.

AMERIKA IRAQ
Haaa, biasanya gegirls masa kekecik dulu main masak2, main kawin2 semua tu kann. Aku tak. Jiran aku laki. Aku main dgn dia mesti main perang perang. Ta pakai kayu api buat pedang, aku baling batu buat bom. Pastu nyorok blakang jentolak yg tengah sodok tanah pasir kat blakang umah. LOL seronok gila weh boleh main elak elak. tpi kali kna baling batu, sakit dia sampai lebam ha. AHHAHA jangan buat aksi ini ye adik adik. 

RUMAH POKOK
Yg ni macam cliche laaa sikit. Semua org pun tahu bnda ni. AKu pun. Balik skolah je, campak beg skolah kat tangga then terus berlari pegi blakang rumah. Ada satu pokok rambutan tu, dahan dia nice gila ha utk buat pondok atas tu. Sooo aku susun papan smua buat rumah pokok. Sampai aku takmasuk dapor taw, nasi mintak dgn mak aku ikut tingkap then bawak naik rumah pokok tu makan sorang2 sambil tengok ayam ayam kat bawah pokok. Awesome!

So, tu jelaaa cerita yg aku nak share. Kalau aku teringat yg lain lagi, nanti aku sambung cerita lagi. Bye korang, semoga terhibur! Mmmmuahh stepek :*

Wednesday, 5 March 2014

First day ke fakulti UiTM Seremban 3, monopod jadi cerita


Assalamualaikum! Haaa, semalam first day aku start jejak kaki ke fakulti baru kat UiTM Seremban ni haa. Soooo, takde ape pun lagi sebab nyaa takcomplete semua benda lagi dekat fakulti tu. Masuk lecture pun takat ice breaking jelaa ha. Nak kata tahap boring dia tuu, belum start kelas aku da menguap macam beruang kutub 15x da haaa. Takpelahh nguap pun, bukan ade benda nak di focus lagi. Kelas tak mulaa lagi ha.

Dah taktahu nak buat apa, sesuai dgn peredaran zaman laaa katekan. Trend muda mudi kini, snap gambar pakai monopod. Alaaa benda batang yg macam batang penyapu tulaaa, sangkut camera kat depan nak snap gambor. Tu punn taktahu ke? Malu je korang ni. HAHAHA hah! buat nya aku and the Kakaks ni jakun dia macam kritikal sikit dapat main benda alah ni, sana sini nak tarik batang monopod tu selfie sukahati. Dah takpandang kanan kiri dah bila dapat tayang gigi gedik gambar sana sini kannnn. Korang tengok laaa hasil dapatan kami bermonopod ni! Macam2 gaya ada. nampak mata je, nampak dahi je, nampak lubang idung je.. hahahah lawak sangat oi! lenguh gusi nak tergelak bila tengok balik semua ni -_____-

First class, first lecture. The Kakaks!
Hah! Ade brick wall cunggg gini, memang sesuaiii sgt laaa haaa jd port nak posing tiap hari!
Ni laaa tuan empunya monopod tuh! KakBell, nama FB beliau: Nabilah Ahmad

bajet mistik laaaa ni pose muka takde feeling. kikiki

Taraaaa! satu satu nya gambar bermonopod yg perfect. K, jatuh cinta.
Sooo korang, nak gegambar gilaa dan comel gila macam kami semua snap ni, sila lahhh beli monopod jua! Paling kerek, takde bajet.. batang penyodok pun buleh laaa :3 hahah kbye. Mmuahhh stepek :*


Saturday, 15 February 2014

Result.

Ohoiii hoiiii~ *nada M.Daud Kilau*

Hahh! Baca tajuk entry tu mesti korang bajet aku nak cakap pasal result aku dapat bape kan?!! hahah. Before tu, idea nak meraban pasal result ni idea drpd kawan mrsm dulu, Keriii *nah, da kredit nama mung*  Hohoo tepuk tangan! Hmm result aku biasa2 je, tak DL pun *lap airmata, tulaaa org suruh blajar leklok byk main lagi. padan muka sendiri* HAHA! Tapiiii, aku sangat lah syukur dgn result aku. Sebab? Sebab aku naik lebih drpd 3.0... Sebab nya masa previous sem jatuh gaung sampai tertimbus dlm lubang cacing dia punya jatuh tu! Tragisss oi! Tapiii, alhamdulillah.. Dgn hasil usaha aku pastu, aku bangkit kembali *muka komited*. Dan sgt berpuas hati dgn result aku.

Aku ade terbaca, "ILMU BUKAN PADA POINTER". Ehemm. Pada aku, betul lah tu. Sesungguhnya ilmu itu sampai mati. *flip kain semayang*. Yang penting, kau belajar dgn ikhlas, blajar sebab nak ilmu tu lekat dlm hati, belajar sebab Allah.. Pahala pun dapat! Lepastuuuu, usaha lah mana kau mampu. Jangan cepat cakap kita ni tak berape cukup bijaksana, NO. Tu kata2 nak kasi kau fed up je, setan semua tu! Kita semua diberi peluang jadi manusia, Allah kasi otak, appreciate it. GAGAL SEKALI TAK BERMAKSUD KAU GAGAL SAMPAI MATI. Allah tahu ape yg kau cuba usaha, and trust me.. Allah takkan kasi kau sesaje sakit otak study malam sampai pagi tanpa sedikit rezeki. Dia Maha Adil. Kau penat takat mana pun, usahalah slagi mampu. KALAU KAU TAK TAHAN PENATNYA STUDY WEEK, KAU AKAN PENAT KENA REPEAT. Taksanggup oi nak repeat paper, kacau semua jadual nanti. Yedakk? Haaa, kalau takmau repeat, usahalah sikit. At least pulun masa study week, contoh terdekat.. Aku sendiri. Masa study week tulaaa penyelamat result, bru nak cari nota, baru nak potostet past year smua. Hmmm cemerlang sgt aku ni. *lempang pipi sendiri*

Satu hal lagi, ape yg penting kita jujur masa exam. Haaaa, kau jangan cari pasal oi. Sekali tertangkap masa meniru dlm exam tuu kannn, haaaa menangis tak bertalu laaa oi. Kau sanggup nak klua dewan sbb kantoi meniru? Kau sanggup kena gantung? Kau sanggup kena repeat the same paper nnti? Haaaa come on lahh, kot ye pun kau berjaya dgn gilang gemilang sebab meniru masa final, tak kemana.. Someday rasa bersalah tu akan ada. Kalau meniru masa dlm kelas ramai2 tu ok laaa lagi sbb lecturers pun mcm kasi chance jee nak dpt carry marks tggi, life kat campus. Common laaa tu. Tapi bukan masa final exam, itu MELAMPAU. Heh. Sebaiknya jangan meniru langsung lah, itu baru EXCELLENT to the fullest!

Soooo for those yg dapat dekan tu, tahniah tahu! Hopefully korang dekan dgn kejujuran dan kebijaksanaan sendiri. Yang ade repeat? Heyyy bukan maknanya korang kena mati, just takde rezeki. rezeki korang ade kat depan hari if korang reti nak cari rezeki tu nanti anddd yg result boleh jalan boleh hidup macam aku ni, marilah kita sama2 perbaiki lagi so one day kite pun mampu bergelar FIRST CLASS HONOUR masa grad nnti. Insha Allah! Takbirrrrr! *haaa, terbakar semangat tak semua?*

Good luck for this upcoming new sem! Hopefully, all of us are better than before. Mmmmuah stepek :*